Saturday, February 8, 2014

in memories: zaman tanam anggur

Tarikh : 08/02/2014
Tempat : Ruang tamu

Assalamualaikum w.b.t

dah lama saya tak menulis diary. nak kata busy, tu bukan alasannya. tapi sebab malas. dengan ketiadaan line internet pun satu hal. semoga hari ni jadi permulaan baru untuk saya menjadikan penulisan sebagai satu hobi.

sekarang ni dah masuk awal februari. nak dikatakan dah hampir dua bulan lebih la saya jadi seorang pekerja. alhamdulillah.. syukur di atas segala nikmat yang diberikan.

the memories

lepas je grad 22 september lepas, hati ni memang gelisah semacam mencari/menanti kerja selama dua bulan lebih. banyak yang difikirkan. selagi tak kerja selagi itulah hati mak pun tak tenang. risau memanjang. ye la, keluarga saya bukannya dari orang senang. orang tua kalau lihat anak dia duduk kat rumah makan tidur je apa perasaan dia rasanya? sebab saya rasa apa yang mak rasa saya pun berusaha la mencari kerja yang sesuai. hantar resume banyak banyak. dapat tak dapat lain kira. bila da dapat panggilan interview, berusaha jugak untuk pergi. alhamdulillah duit lebihan ptptn final sem ada lagi sikit. tambah pulak dengan duit lebihan gaji masa kerja kat kedai makan masa puasa tahun lepas. masih cuba untuk berdikari sendiri.

bila da pergi interview baru tau skop kerja tu macam mana. ada yang tak sesuai dengan kita, bukan sebab kita fikir kita ni pemegang ijazah ke apa. bukan. tapi sebab bukan jiwa kita. ada satu tu bila dapat panggilan interview dekat puchong sebagai kerani terus pergi try. walaupun jauh kat tempat orang cuba jugak la. berhabis duit naik teksi. dengan teksi pun sesat sesat jalan jugak. dapat sabar je. bila rasa susah kembali fikir tu semua Allah duga. ada hikmahnya. bila lepas interview, comform dapat pulak, Pn (majikan) cadangkan saya terus masuk hari tu jugak. saya pun fikir apa salahnya cuba dulu. tengok sesuai ke tak. biasa la first masuk tempat baru, tak tau nak buat apa. bosan pun ada. dalam bosan tu duk la fikir nak kerja ke tak. hati memang nak je keje, tapi fikir tempat duduk tak ada, kenderaan pun tak ada. ntah. otak blank. nak balik dulu mintak pendapat famili. habis je keje balik tu dalam pukul 8 lebih (sebab pergi buat kerja luar) dia tanya how's work? ok tak? saya kata ok je. cuma bagi masa la nak fikir dulu, cari tempat sewa lagi. yang Pn tu pulak macam desperate sangat suruh masuk keje esok. bila kata kita nak cari rumah sewa dulu dia kata tak apa, tumpang bilik sewa salah sorang pekerja dia dulu malam tu. what's? terdiam. bila dia dah suruh macam tu saya rasa macam tak ada privacy langsung nak buat keputusan, nak relaxkan otak dulu ke sebelum kerja. dia siap telefon kakak saya (macam memujuk la) suruh saya stay malam tu kat situ. lepas tu siap nak naikkan gaji seratus. ada je la ayat2 dia yang boleh buat hati orang yang mendengar tu cair. memang jenis yang pandai bercakap. dapat kat saya tak tahu la nak buat apa. last2 saya cakap saya nak balik rumah dulu. (time tu tumpang rumah kakak). disebabkan dah malam tak kan nak naik teksi. sorang2 pulak tu. jadinya Pn tu hantarla saya balik naik kereta dia. dalam hati syukurla dia nak hantar. kalau tak tonggang terbalik menunggu teksi tak sampai2. sampai je rumah, terus naik. yang Pn tu masih berharap la saya naik tu ambil baju semua sebab nak kena stay kat puchong. masa nak naik atas (rumah flat), abang ipar dah get ready kat bawah nak jumpa dengan Pn tu. nak bincang baik2 mintak bagi masa dulu baru masuk kerja. bila dah masuk je rumah rasa semua beban da hilang. penat nak fikir. biar je la abang ipar yang tolong uruskan. lama jugak dyorang bincang kat bawah. saya ngan akak duk curi la dengar discussion dyorg. dalam hati kitorang; tu mesti masih memujuk lagi tu. jangan abg ipar duk cair dengan kata2 Pn tu sudah. hahaaa akhirnya bila dah difikir masak2, saya sendiri buat keputusan tak nak kerja situ. banyak la sebabnya. antaranya kena balik sampai malam. padahal jawatan kerani je pun. so, saya lepaskan je la kerja tu.

mungkin ada yang kata saya ni memilih kerja. kalau saya ni jenis pemilih saya tak mintak jawatan kerani. tak mintak jadi guru tadika. saya mintak jawatan yang tinggi2 je sesuai dengan degree holder. kan? tak kisah la apa pun. yang penting semua tu jadi kenangan dalam hidup saya. nanti saya cerita lagi pasal kerja kat tempat yang sekarang ni. :)

kepada yang lepasan mahasiswa/siswi macam saya, yang tengah cari kerja, semoga rezeki kalian akan datang tak lama lagi. sekarang ni berusaha dan bermohonlah pada-Nya. mintak dekat Dia. hanya Dia je yang mampu aturkan rezeki untuk kita. tapi kena ingat, setiap apa yang kita mintak kembalikan semula kepada Allah untuk mengaturnya. kerana tak semua yang kita mintak itu baik untuk kita. dan doalah semoga Allah bagi pekerjaan yang betul2 sesuai dan perlu dengan kita. bukan yang kita mahu.

keep smile.
:)
Jazakumullahu khairan kathira.

3 comments:

Siti Romilah Mat Yajid said...

gud luck awk

Siti Romilah Mat Yajid said...

gud luck awk..cpt2 tulis lain plak.xsabar numggu

..seputih salju said...

hihii.. tq my pembaca setia siti romilah.. :)dah lama sy tak mengusha blog awk. nanti sy tinggalkan komen kat awk pulak ye..