Saturday, April 16, 2011

peNgaRuh pUjukaN teMaN lElaki..



Begitu ramai anak gadis akhirnya terpengaruh dengan 

pujukan teman lelaki yang baru kenali untuk diajak

 keluar tanpa pengetahuan ibu bapa.



Kajian juga mendapati hampir 80 peratus anak-anak

 bukan saja dapat melayari Internet, malah mereka

 mempunyai pelbagai kemudahan seperti facebook,

 twitter dan laman sosial lain untuk berhubungan

 manakala hanya 20 peratus untuk belajar. Mereka ini 

akhirnya terpengaruh dengan pujukan teman lelaki 

tanpa pengetahuan ibu bapa.



Begitu juga kemudahan telefon bimbit disalahgunakan 

oleh sesetengah remaja. Melalui telefon bimbit juga

 mereka mudah diajak keluar oleh pasangan masing-

masing yang akhirnya mereka terjebak ke kancah

 maksiat dan zina...



Kajian didedahkan oleh Polis Diraja Malaysia (PDRM)

 melalui laman sosial facebook rasminya hampir 50

 peratus daripada individu terbabit ialah remaja

 perempuan belasan tahun.Keadaan ini seharusnya

 membimbangkan ibu bapa yang mempunyai anak

 gadis atau anak perempuan yang meningkat remaja.


Mengikut laporan PDRM dalam tempoh Jun hingga

 September tahun ini saja, enam remaja perempuan

 dari beberapa negeri termasuk Sabah dan Sarawak

 dilaporkan hilang.Dalam usaha ini, PDRM telah

 memaparkan gambar individu yang dilaporkan hilang

 di laman sosial facebook rasminya dalam usaha

 mengesan individu terbabit dengan bantuan orang

 ramai.


Selain itu, ibu bapa sentiasalah mendampingi anak-

anak, didik mereka dengan nasihat. Penerapan

 keimanan yang berterusan kepada anak-anak akan

 dapat mengelakkan mereka terjebak dalam pelbagai

 gejala sosial daripada godaan dan hasutan syaitan.

 Keimanan yang paling afdal adalah apabila seseorang

 itu mengetahui bahawa Allah selalu melihatnya di

 mana saja dia berada.



Justeru, Al-Quran sebagai petunjuk jalan yang lurus.

 Ia merupakan satu-satunya kitab suci daripada Allah

 yang diturunkan kepada manusia sebagai petunjuk

 ke jalan lurus dan mengelakkan pelbagai gejala sosial

 bagi orang yang beriman dan bertakwa. Umat Islam

 digalakkan sentiasa bertakwa dan memiliki akhlak

 yang terpuji pada setiap masa.



Firman Allah yang bermaksud:

Kitab itu (al-Quran) tidak ada keraguan padanya,

 menjadi petunjuk bagi orang-orang bertakwa. 

(Al-Baqarah:2).



p/s: berhati-hatilah wahai rakan-rakanku sekalian.. jangan mudah terpedaya dengan godaan nafsumu..
berkahwinlah daripada dirimu membuat dosa dengan ber"COUPLE"

No comments: