Dari riwayat Abu Daud (Ath Thoyalisiy) dengan sanad jayyid (bagus) bahawa Nabi SAW bersabda :
“Air zam-zam adalah ubat dari rasa sakit (ubat penyakit).”
Berdasarkan hadis-hadis di atas, adalah menjadi sunnah meminum air zam-zam.
Terdapat banyak lagi hadis dan kisah-kisah para sahabat yang berkisar mengenai khasiat dan penggunaan air zam-zam.
Khasiat dan Kelebihan :-
1. Makanan yang mengenyangkan.
Sahih Muslim pernah meriwayatkan bahawa Nabi Muhammad berkata kepada Abu Dharr yang tinggal berhampiran Kaabah selama 40 hari 40 malam tanpa makanan kecuali air zam-zam.
Nabi Muhammad kemudian bertanya kepada Abu Dharr:
“Siapakah yang memberi saudara makan?”
Abu Dharr menjawab ringkas dengan menyatakan dia hanya meminum air zam-zam.
“Saya tidak terasa penat atau lemah. Malah saya terasa gemuk dan bukannya kurus.”
2. Ubat penyakit kecuali mati.
3. Air yang penuh keberkatan.
Abu Majah yang memetik Jaabir Abdullah pernah berkata bahawa Nabi Muhammad pernah bersabda :
“Air zamzam adalah sesuai untuk diminum bagi semua tujuan dan niat.”
4. Mata air zam-zam memancutkan air sebanyak 18 liter per detik tetapi tidak pernah melimpah keluar dari telaga.
5. Anti-kuman.
Kandungan air zam-zam yang sememangnya bersih dan selamat untuk diminum sejak dahulu sehingga sekarang tanpa perlu melalui proses osmosis berbalik, penyulingan, rawatan klorin dan bahan kimia yang lain.
6. Mengandungi kandungan garam yang stabil.
Amat baik dan sesuai untuk orang yang melakukan kerja berat, penat mengerjakan haji dan penat berjalan jauh.
7. Mengandungi kandungan mineral seperti kalsium, magnesium, iodin, flourida, natrium dan kalium yang tinggi.
8. Wujud secara semula jadi dalam bentuk alkali.
Dapat mengawal kesan sampingan yang disebabkan oleh lebihan asid dalam perut dan secara tidak langsung mampu mencegah penyakit gastrik.
Imam at-Tirmizi pernah berkata,
“ Orang yang meminum air zam-zam itu :
Jika dia minum untuk kenyang, maka Allah akan mengenyangkannya.
Jika dia minum untuk minuman, maka Allah memberinya minuman.
Jika dia minum untuk sembuh dari penyakit, maka Allah akan menyembuhkannya dari penyakit.
Jika dia minum kerana akhlaknya yang buruk, maka Allah akan mengelokkan akhlaknya.
Jika dia minum untuk menghilangkan kegelapan hatinya, maka Allah akan menghilangkannya.
Jika dia minum mengkayakan hatinya, maka Allah akan mengkayakannya.
Jika dia minum kerana sesuatu hajat, maka Allah akan memakbulkannya.
Jika dia minum kerana sesuatu musibah yang menimpa, maka Allah melindunginya.
Jika dia minum kerana kesusahan yang menimpa, maka Allah akan menghilangkan kesusahannya.
Dan jika dia minum kerana memohon bantuan, maka Allah akan membantunya.

No comments:
Post a Comment