Assalamualaikum w.h.t
salam Ramadan Kareem sahabat-sahabat sekalian. Ramadan pun dah nak menutup tirainya dengan kedatangan Syawal tak lama lagi. bulan Syawal. bulan yang dinanti-nanti/dirai bersama keluarga, sahabat dan sanak-saudara. kegembiraan mendapat baju baru, kasut baru, tudung baru, langsir baru. semua nak baru la. happening je kan?
TAPI..
dalam kita menyambut bulan Syawal iaitu hari raya Idulfitri nanti pasti ada insan yang bersedih di pagi raya sebab tak dapat merasa pakaian baru, mugkin juga terkenangkan ahli keluarga/rakan-rakan yang telah tiada di dunia. apa-apa pun bersyukurlah sentiasa dengan apa yang ada sebab kat luar sana mungkin ada golongan yang lebih tidak bernasib baik daripada kita.
lagi satu, jangan amalkan sifat syaitonirrajim yang suka akan pembaziran ye. al-maklumlah bulan raya ni sudah pasti banyak open house dibuat. yang tak open house pun kadang-kadang makanannya berlebih-lebihan sampai terbuang macam tu je kat dalam tong sampah. tak nak tak nak tak nak.. (treadmark Prof Izzi Hj Ali sambil jari digoyang-goyang, hik hik)
last word selamat hari raya Idulfitri maaf zahir batin!
^^
No comments:
Post a Comment