Friday, November 2, 2012

Mengapa Doa Tidak Dimakbulkan Tuhan Padahal Telah Selalu Berdoa?


Seorang sufi bernama Ibrahim bin Adhan berkunjung ke pasar Basrah, sekumpulan pemuda menegur beliau serta bertanya untuk meminta pendapatnya. Mereka bertanya mengapa doa tidak dimakbulkan Tuhan, padahal mereka telah selalu berdoa kepada-Nya.

Ibrahim menjawab bahawa doa itu tidak dimakbulkan kerana hati mereka keras dan gelap yang disebabkan oleh 10 perkara iaitu :

  • Kamu mengenal Tuhan tetapi kamu tidak mengerjakan suruhan-Nya.
  • Kamu sangka kamu cintakan Nabi Muhammad tetapi kamu tinggalkan ajaran baginda.
  • Kamu membaca al-Quran tetapi kamu tidak mengamalkan ajaran al-Quran.
  • Kamu makan nikmat Allah tetapi kamu tidak bersyukur iaitu melakukan suruhan-Nya.
  • Kamu berkata syaitan itu musuh tetapi kamu tidak menentangnya dengan menjauhkan diri daripada larangan Tuhan.
  • Kamu berkata mati itu benar tetapi kamu tidak bersedia menghadapi hari kematian dengan menyediakan bekalan untuk akhirat dengan amalan baik.
  • Kamu bangun daripada tidur lalu kamu ceritakan segala keburukan manusia tetapi kamu lupakan keburukan kamu sendiri.
  • Kamu kebumikan mayat saudara kamu tetapi tidak mengambil pengajaran daripadanya iaitu suatu hari nanti kamu juga akan mati.

Rujukan : Zamri Mohamad Imran Yusof (2009), Bagaikan Khadijah Di Hati Rasulullah.


No comments: