"Saya Bashar al-Assad, Presiden Syria dan Setiausaha Serantau Parti Ba'ath. Keadaan pekerjaan sekarang saya tidak lama lagi akan sampai ke penghujungnya, oleh itu saya mencari pekerjaan baru! Saya akan mempertimbangkan semua tawaran pekerjaan sementara dan / atau jangka panjang. Saya sangat berminat untuk bekerja di luar negara. Saya pakar dalam semua aspek pemerintahan yang zalim, termasuk penyeksaan, rasuah umum dan pilihan raya tetap (dalam referendum 2007, saya menerima 97.2% undi!). Walaupun pengalaman saya telah disambut dalam sektor diktator nepotistic, saya juga akan menimbang untuk menerima kerja sebagai pengasuh, anjing walker, pengawal penjara atau pelawak berdiri. Apa-apa sebenarnya."
-kopi pasta dari sini-
Fakta yang dilakukan oleh rejim Bashar terhadap saudara Islam kita di Syria :
- Kuku-kuku tangan dan jari kanak-kanak telah dicabut dengan kejamnya. Ketua Balis Polis pro-Assad yang kemudiannya menerima bantahan penahanan dan tuntutan pembebasan anak-anak mereka oleh ibu bapa telah dengan bongkaknya berkata “Sekarang kamu boleh lupakan tentang anak-anak kamu, anggaplah mereka telah mati dan kamu tidak pernah ada anak. Jika kamu tidak mampu, biarlah kami meniduri isteri-isteri kamu untuk mendapatkan anak yang baru!”.
- Bentuk penyeksaan yang lain boleh lawati laman web ini.Dengan jumlah pembunuhan yang mencatatkan hampir 8500 orang yang mati, 39000 orang yang tercedera dan 18000 orang yang dipenjara dan didera dalam tahanan menunjukkan satu tindakan yang melampaui nilai-nilai kemanusiaan dan merupakan satu penindasan yang zalim daripada pemerintah sendiri kepada rakyat dibawahnya.
- Aktivis Syria, Hadeel Bashaar Kuki yang keluar dari penjara baru-baru ini menyatakan, para tahanan di penjara-penjara Assad mengalami tindakan penyiksaan dan perkosaan. Dia menekankan bahawa semua wanita yang ditangkap oleh pasukan Assad mengalami tindakan penyiksaan dan perkosaan, namun banyak dari mereka yang tidak berani mengumumkan secara terbuka apa yang telah mereka alami selama di tahanan. sila lawati sini.
Marwah ‘Adil Bahar menjadi korban kepada kezaliman rejim Bashar yang tidak mempunyai sifat perikemanusiaan. mati mulia dengan pisau sembelihan tentera Bashar.
Peranan kita dalam membantu saudara Islam kita di Syria :
1) Sentiasa mengikuti perkembangan terbaru yang berlaku di Syria.
2) Jangan pernah rasa bosan dengannya.
3) Tulis surat atau dinding atau kicauan kepada rakan-rakan Syria anda (Sekiranya anda, kalau tiada bolehlah cari! Wah!) memberikan kata-kata semangat dan pendorong.
4) Tulis surat atau email kepada kedutaan Syria di Malaysia, menyatakan bangkangan dan protes anda terhadap kekejaman Bashar. Anda boleh ke laman sesawang kedutaan Syria untuk melakukannya atau boleh juga terus ke sini. Mari lancarkan perang email terhadap mereka!
5) Sertai demonstrasi aman seperti yang telah
inche gabbana lakukan, tunjukkan solidariti anda kepada rakyat Syria. Percayalah, mereka menyaksikannya.
6) Kongsikan video-video atau artikel-artikel yang berkaitan dengan revolusi Syria di laman Muka Buku atau Pengicau anda. Sebarkan berita sebenar tentang apa yang berlaku Syria supaya tak jadi macam mamat Zainuddin Maidin sorang ni. Hohoho.. (Awas! Jangan sebarkan gambar-gambar yang menakutkan lagi mengerikan! Tak tidur malam nanti dibuatnya!)
7) Jangan lupa terus mendoakan saudara-saudara kita di sana. Yakinlah yang doa itu senjata bagi orang Mukmin! Yakin juga yang suatu hari nanti pasti Allah akan kurniakan kemenangan kepada mereka, samalah seperti yang berlaku di Tunisia, Mesir dan Libya!
8) Teruskan mentarbiyah diri dan orang di sekitar anda menjadi individu Muslim sejati. Kerana hanya mereka yang benar-benar faham erti menjadi seorang Muslim, boleh menjiwai kepentingan memperjuangkan nasib saudara seaqidah!
-kopi pasta dari inche gabbana-
Palestin Memanggil!!
Malaysia Global March to Jerusalem 30 March 2012 @ Stadium Malawati, Shah Alam. Acara menarik di sana bermula 5.00 petang:
> Tayangan filem Palestin
> Sambutan Konvoi seluruh negara
> Opening Video
> Call for GMJ / Speech
> Persembahan seni & Flash Mob
> GMJ live telecast
> Super Bike 131 Flags
> dan banyak lagi...
Share poster ini kepada rakan-rakan anda. Jom beramai-ramai ke sana tanda solidariti membela Palestin seluruh dunia!
Ingatlah Saudaraku, Nabi SAW bersabda yang bermaksud:
“Barangsiapa yang tidak mengambil tahu hal orang Islam yang lain, maka bukan dari kalangan KAMI, dan ingatlah selalu akan tempat kembali bagi mereka yang zalim.”
Firman Allah dalam Surah Ar-Ra’d ayat 17 ;
adapun buih itu maka akan hilang lenyaplah ia hanyut terbuang, manakala benda-benda yang berfaedah kepada manusia maka ia tetap tinggal di bumi.
Firman Allah Taala dalam Surah Al-Isra’ ayat 81;
“Dan katakanlah : Telah datang kebenaran (Islam), dan hilang lenyaplah perkara yang salah (kufurdan syirik) ; sesungguhnya yang salah itu sememangnya satu perkara yang tetap lenyap”.
2 comments:
nie la dia kekejaman kerajaan SYRIA.
kita yang dari jauh nie hanya mmapu berdoa yang terbaik utk muslim di sana.
tetapi harus diingatkan doa yang dianiayai pasti dimakbulkan doa, x 'hari nie' mungkin 'lusa' pasti akan kena.
betul tu Bahrain.. doa adalah senjata bagi orang mukmin. kita kat sini berusaha la membantu apa y terdaya utk bantu saudara2 kita kat sana..
Post a Comment