Kisah Ashabul kahfi disebut oleh Allah dalam Surah Al-Kahfi (ayat 9- 26 ) iaitu kisah pengalaman sekumpulan hamba Allah yang soleh ditidurkan selama 309 tahun di dalam gua.
Menurut Ulama tafsir, para penghuni gua itu berjumlah tujuh (7) orang. Mereka adalah Tamlikha, Miksalmina, Mikhaslimia, Martelius, Casitius, Sidemius dan seorang pengembala kambing bersama anjingnya Qithmir. Mereka hidup dalam zaman Maharaja Diqyanus yang menyembah berhala dan dikenali sangat bengis dan zalimnya.
Kerana enggan tunduk kepada perintah Dikyanus yang menyembah berhala, tujuh orang pemuda itu pun lari dan bersembunyi di dalam sebuah gua untuk bermalam sementara sebelum meneruskan perjalanan ke tempat yang lebih jauh.
sebahagian daripada persembahan teater Pemuda Yang Terpilih
Tetapi apabila mereka tidur pada malam itu, mereka tidak tahu bahawa Allah telah menidurkan mereka bukan hanya satu malam tetapi selama 309 tahun.
Manusia biasa yang tidur selama 309 tahun pastilah mati. Selama itu tubuh mereka pastilah hancur dan pakaian mereka reput. Tetapi Allah memelihara tubuh dan pakaian Ashabul Kahfi itu seperti asalnya dengan sentiasa menggerakkan badan mereka agar pakaian tidak lusuh dan tidak dimakan tanah. Dalam tempoh mereka ditidurkan, mata para pemuda juga dibuka agar sentiasa mendapat pancaran cahaya bagi mengelakkan mata mereka buta.
Sebaik mereka terjaga dari tidur, mereka tertanya-tanya tentang bilangan hari mereka tidur. Ada yang berpendapat bahawa mereka tidur selama sehari semalam dan selama setngah hari. Selepas itu, mereka merasakan sangat lapar dan menginginkan makanan. Mereka memutuskan untuk mengirim seorang daripada mereka untuk pergi ke bandar membeli makanan.
Apabila seorang pemuda memasuki pasar, ramai penduduk di sana yang berasa pelik dengan kehadiran pemuda itu. Namun pemuda itu tetap dengan tujuannya untuk membeli makanan. Apabila pemuda itu membayar dengan wangnya, penjual makanan berasa terkejut kerana wang yang diberikan tidak laku lagi pada masa itu. Hal ini kerana, mata wang itu sudah berusia 300 tahun. Akibat curiga dengan pemuda itu maka para penduduk bertindak untuk membawa pemuda berhadapan dengan raja mereka.
adegan seorang pemuda Ashabul Kahfi yang dihadapkan kepada Raja baik
Setelah disoal siasat dengan raja yang baik, barulah pemuda itu mengetahui bahawa raja zalim yang mereka takuti dahulu pun telah mati dan penduduk negara itu semuanya telah beriman kepada Allah. Dengan melihat perubahan besar yang berlaku di negeri mereka juga, barulah pemuda itu sedar bahawa mereka telah ditidurkan oleh Allah di dalam gua itu terlalu lama selama 309 tahun.
Apabila raja baik mengetahui bahawa 7 orang pemuda itu dimuliakan oleh Allah, maka raja baik berhasrat untuk berjumpa dengan sahabat-sahabat pemuda yang lain dan meminta untuk ditunjukkan tempat persembunyian mereka.
Pemuda itu pun bersetuju untuk membawa raja baik pergi ke gua tempat persembunyian mereka. Namun sebaik sahaja tiba berdekatan di gua persembunyian, pemuda itu meminta untuk masuk dahulu di dalam gua untuk mengkhabarkan kepada sahabat-sahabatnya akan kematian raja yang zalim.
Sebaik sahaja pemuda itu memasuki gua, pemuda menceritakan akan kehadiran penduduk negeri mereka namun dimarah sahabat kerana tidak membawa pulang makanan tetapi membawa orang lain ke tempat persembunyian mereka. Hal ini kerana, mereka telah berjanji sesama mereka untuk merahsiakan tempat persembunyian daripada raja yang zalim. Jika hal itu diketahui raja zalim, maka akidah dan nyawa mereka akan terancam.
Setelah pemuda itu menceritakan perkara sebenar bahawa mereka telah ditidurkan Allah selama 309 tahun, mereka berasa bersyukur kerana Allah telah menyelamatkan aqidah mereka daripada raja yang zalim. Setelah bersepakat sesama sahabat dan menginsafi akan kebesaran dan kekuasaan Allah, mereka berdoa agar Allah mematikan mereka jika perkara itu baik untuk mereka sendiri. Allah yang Maha Pengasih memakbulkan doa pemuda Ashabul kahfi tersebut. Sebaik sahaja nyawa mereka dicabut, Allah menghapuskan jejak mereka dengan meruntuhkan gua yang dihuni dan dihilangkan daripada pandangan manusia.
Apabila Raja baik merasakan mereka telah menunggu begitu lama, Raja dan pengikutnya mencari-cari akan gua yang dimasuki oleh pemuda tadi. setelah mencari begitu lama, raja baik merasakan bahawa Allah telah melenyapkan pemuda-pemuda Ashabul Kahfi bersama gua dan Raja amat mengisafi dirinya sendiri. Oleh itu, raja baik membuat keputusan untuk membina masjid di kawasan berkenaan sebagai tanda untuk memohon rahmat daripada Allah yang berkuasa menghidupkan orang yang telah mati.
sumber : Rentetan penceritaan daripada persembahan teater PEMUDA YANG TERPILIH di salah sebuah IPTA dan di sini.

3 comments:
erk..konfius la..ada orang kata ashabul kahfi tu anjing..dalam buku cerite pun tulis macam tu...anjing yg menjaga tuannya(anjing syurga)...yg mana satu betul kak???
y saya tahu, anjing itu bernama Kithmir y merupakan penjaga kepada pengembala kambing iaitu salah seorang pemuda Ashabul Kahfi.
mungkin Aira boleh rujuk kepada y lebih pakar seperti ustaz dan ustazah.. =)
Ashabul kahfi-para penghuni gua
http://www.syahadat.net/component/content/article/207-ashabul-kahfi-menyepi-menyelamatkan-iman
Post a Comment