
Ya Allah,
tidak ada kemudahan kecuali Engkau jadikan mudah.
Dan bila menghendaki,
KAU jadikan kesulitan menjadi mudah
(HR. Ibn HIbban dll.)
Ya Allah Penguasa Alam Jagad Raya,
Ya Allah Penguasa Alam Jagad Raya,
mudahkan semua urusan kami,
bahagiakan & berilah jalan terbaik dalam hidup kami
& Luaskan REZEKI kami,
Solehkan kami.
BAGUSKAN AGAMA, DUNIA & AKHIRAT KAMI.
Ya Allah,
baguskan agamaku
kerana ia menjadi peganganku.
Baguskan duniaku kerana di situlah kehidupanku,
& baguskan akhiratku kerana ia itu tempat aku kembali.
Jadikan kehidupanku ini
sebagai kesempatan untuk memperbanyak amal soleh
dan jadikanlah kematianku
sebagai tempat istirahat dari semua keburukan.
(HR. Muslim)
Ya Allah,
Ya Allah,
aku mengharap rahmatMu,
maka janganlah kau palingkan aku sekejap mata,
dan baguskan keadaanku.
Tidak ada Tuhan selain Engkau.
(HR. Abu Daud)
No comments:
Post a Comment