Wednesday, May 16, 2012

Mari Menderma Aman Palestin

dermapalestindermapalestin

 
..Aman Palestin..
Apa itu aman paletin?

Visi : menerapkan kesedaran dan keinsafan dalam hati diri umat Islam di Malaysia untuk membantu saudara mereka di Palestin sebagai satu ummah yang berukhwah


Misi : membina projek yang nyata di dalam pelbagai bidang di bumi Palestin untuk membantu mereka membina masa depan dan meneruskan kehidupan disamping menampung keperluan segara yang diperlukan


Objektif:

1. Memberikan kesedaran masyarakat berkaitan isu Palestin.
2. Mendapatkan dan mengumpulkan dana serta menyalurkan bantuan
3. Menjalinkan hubungan dengan badan-badan kemanusiaan dalam dan luar negara
4. Bekerjasama dengan badan-badan kerajaan dan NGO
5. Merancang aktiviti secara bersepadu
6. Mengajurkan siri-siri forum perbincangan
7. Menerbitkan dan mendedarkan bahan-bahan am





Daripada Abu Hurairah Radhiallahu ‘Anhu katanya, Rasulullah SAW telah bersabda : 
"Jika anak Adam meninggal dunia, maka amalnya terputus kecuali dari tiga perkara, sedekah jariyah (wakaf), ilmu yang bermanfaat, dan anak soleh yang berdoa kepadanya." (HR Muslim).

Di sini jelas menunjukkan kepada kita betapa tingginya nilai rahmat dan kasih Allah terhadap hambanya, memberikan peluang untuk memperolehi pahala walaupun kita sudah berada di alam barzakh. Sekarang terserahlah kepada kita untuk mengambil peluang keemasan ini selagi hayat masih ada.

Oleh itu, marilah menderma terutama kepada saudara-saudara kita di Palestin yang mengalami penderitaan kerana salah satu tanah suci kita SEDANG diceroboh dan dicemari penjajah Israel.

Dermalah ke Amal Palestin, lakukan sesuatu
Masukkan sumbangan dan derma ke dalam akaun bank :

AMAN PALESTIN BERHAD

Bank Islam 12029010047880
MayBank 562263010787
Bank Muamalat 12070005133717

amanpalestin@yahoo.com

amanpalestin.org

Kemanakah dana tersebut disalurkan?

sumber : http://amanpalestin.org/index.php?action=profile&



Butiran lanjut sila layari Derma Palestin.

1. Pembinaan rumah anak-anak yatim Palesin

2. Bantuan sara hidup yatim Palestin
3. Bantuan pelajaran pelajar-pelajar Palestin
4. Projek pembiayaan keluarga miskin Palestin
5. Projek pertanian sara diri di Nablus
6. Projek berbuka puasa
7. Bantuan perubatan Palestin
8. Projek Qurban Aidil Adha Palestin
9. Bantuan Hari Raya
10. Projek Ambulans bagi Klinik Hamzah
11. Projek pusat kegiatan anak-anak yatim
12. Dan bermacam-macam lagi

* Sekiranya berminat untuk mengetahui dengan lebih lanjut dan melihat gambar-gambar, layarilah
palestinkini.

Akhir kata :

Projek-projek tersebut memerlukan wang. Kita mungkin tidak mampu berjihad mengangkat senjata namun kita masih mempunyai kekuatan dari segi kewangan dsb. Marilah kita menggunakan apa saja yang termampu untuk membantu saudara Islam kita di sana. Tanamkan disiplin didalam membantu saudara-saudara kita disana dan berusahalah dalam mengajak saudara-saudara kita yang lain untuk membantu umat Islam Palestin yang ditindas. Semoga kita mendapat hidayah dan keberkatan dari Allah SWT. Wassalam.


sumber : http://dermapalestin.blogspot.com/ 



No comments: