Wednesday, May 23, 2012

Luahan Perasaan 1


Assalamualaikum semua..

Hari nie saya nak menulis sekadar untuk meluahkan perasaan di hati. mohon kemaafan jika penulisan ini tidak membawa apa-apa manfaat kepada yang membaca. namun, saya masih berharap akan ada secebis manfaat walaupun sedikit. InsyaAllah. 

saya rasa gembira sangat hari nie. terasa doa sedang diterima. ya Allah.. bahagianya rasa. namun lagi bahagia jika doa yang dipohon akan benar-benar berlaku suatu hari nanti walaupun saya tak tahu bila masanya itu.

cinta. apa itu cinta? cinta yang bagaimanakah kalian idamkan bagi pasangan kalian? bagi saya, pengukuran cinta saya berdasarkan cinta dia terhadap Tuhannya, Rasulnya, keluarganya, sahabatnya. Agama itu sangat penting. tapi agama yang bagaimanakah? adakah hanya Islam pada nama tapi bukan perlakuan? jika hanya Islam pada nama namun kehidupan sehariannya tidak dicorakkan dengan perlakuan Islam, tidak mungkin saya akan jatuh cinta. saya nie jenis sangat mudah jatuh cinta pada orang-orang yang mengamalkan ajaran yang telah diperintahkan oleh Allah dan mencontohi peribadi Rasulullah s.a.w. 

saya nie bukannya baik pun. namun, saya tetap akan berusaha untuk berubah ke arah kebaikan sebab JIWA saya adalah jiwa yang terdorong kepada keindahan kebaikan itu sendiri. sebab itu lah juga selama ini saya memendam rasa kepada seorang Muslim yang saya doakan dia adalah Muslim yang betaqwa kepada Allah. 

siapa muslim bertaqwa tu?

dia adalah seorang lelaki yang saya dambakan untuk menjadi Imam saya suatu hari nanti. 

adakah keterlaluan saya memohon perkara sebesar ini? bagi saya, tidak sebab saya inginkan kehidupan sekepas kahwin dengan suami yang dapat menjukkan jalan menuju ke syurga Allah yang kekal abadi. suami itu kan Imam keluarga. ketua keluarga. siapa yang tidak mahu suami soleh kan. =)

harapan saya, semoga kalian yang membaca dapat mendoakan impian saya ini. namun, seandainya dia bukan jodoh saya yang sebenarnya, saya memohon agar Allah menggantikannya dengan lelaki muslim yang lebih baik daripadanya. 

saya ada lagu untuk dia. lagu daripada Heliza Helmi yang bertajuk Kau Selamanya. lagu ni saya nak nyanyikan buat DIA (yang ada dalam doa saya, dalam hati saya) pada hari bahagia selepas akad nikah itu berlaku. InsyaAllah. (panjang angan-angan..hee)



Aku amat sayang kamu
Dari dulu hingga kini
Tak berubah ku terlena keranamu

Walau apa pun terjadi
Aku setia menyanyangi
Diri kamu kan berada di hatiku

Kau insan teristimewa
Dulu kini selamanya
Ku terimakan dirimu oh sayangku

Ku harap kau pun begitu
Sama-sama mencintai
Oh indahnya cinta ini bersamamu

Terimalah diriku seadanya sederhana
Ku berserah kepadamu Ya Ilahi

Kau insan teristimewa
Dulu kini selamanya
Ku terimakan dirimu oh sayangku

Ku harap kau pun begitu
Sama-sama mencintai
Oh indahnya cinta ini bersamamu

nukilan dari hati yang mendambakan kasih sayang mu.


No comments: