Assalamualaikum w.h.t
entry kali ny bukan dari copy edit. hee
kali ny saya nak try tulis sendiri pulak. sebelum ny keyakinan nak menulis tu tak de laa.
sebab? tak pandai. hahaa
saya harap kalau penulisan saya ny tak best dibaca awk2 sekalian tak ya la baca k.
kalau rasa nak bagi komen pedas2 manis2 boleh saja. InsyaAllah saya tak kan kisah. nak cuba belajar daripada kritikan. =)
Ramadan akan datang tak lama lagi.
siapa yang tak habis bayar puasa lagi cepat-cepat la ganti ye.
saya Alhamdulillah dah habis bayar sekali dengan puasa enam tahun lepas.
bayar cepat-cepat seronok kan daripada bayar lambat-lambat.
siapa tak setuju sila angkat jari kaki. hik2
sebenarnya point nak cerita pasal MAK saya.
mak sekarang ny kerja jadi tukang masak kat kedai makan/warung kampung je.
mak saya masak yang goreng-goreng macam nasi goreng, mee goreng, maggie goreng.
yang goreng-goreng ny dari petang sampai la ke malam. pagi pulak mak saya masak lauk campur untuk menu tengah hari.
nak dijadikan cerita bulan puasa Ramadan nanti mak saya dah tak kerja kat kedai makan tu da sebab pengoperasian ditutup. sO mak saya pun meluahkan la rasa kebimbangannya kepada saya.
"kalau tak kerja bulan puasa nanti nak makan apa ye? suami (merangkap ayah saya) pulak da tak ada." (tambahan ayat berlaku) ;p
maka dengan itu mak pun buat keputusan nak berniaga kat bazar ramadan.
mak nak jual apa??
adalaaaa... jual dot dot dot.. (rahsia kot..) hee
menu utama tak boleh nak bagitau lagi. tapi yang jualan sampingan cadangannya nak jual bubur sumsum. korang kenal tak bubur sumsum tu camne?
bubur tu makanan orang jawa sebenarnya. ada kuah gula merah.
sedap.. nak try orderla kat saya.hik2

bubur sumsum.. nyum3
sekarang ny yang jadi masalahnya takut permohonan tapak bazar tak diluluskan.
sekarang ny kan ramai yang berniaga makanan teruatama yang melayu.
saya mohon jasa baik korang semua tolong doakan hajat mak saya nak berniaga ny ye. dah lama sebenarnya mak nak berniaga sendiri. ada gerai sendiri. mudah-mudahan dengan termakbulnya hajat mak nak berniaga ny dapatla gembirakan hati mak.
saya pulak tak sabar nak berniaga dengan mak. =)
dah berangan-angan dah ny. hikhik
dulu-dulu time kecik (tak ingat da masuk sekolah ke belum) pernah tolong arwah abah niaga kat pasar malam. arwah abah saya memang darah bisnessman. macam-macam arwah pernah jual.
yang saya ingat arwah jual roti canai, apam balik, jual buah-buahan, dan yang paling last sebelum arwah meninggal arwah jual ikan air tawar.
tetiba rindu pulak kat arwah abah saya.
rindu nak peluk cium arwah. @-@
semoga roh arwah abah sentiasa dicucuri rahmat Allah dan diampunkan segala dosa-dosanya.
aamiin..
Al-Fatihah.
terima kasih kerana membaca.. ^^
No comments:
Post a Comment