MOHON DISEBARKAN. Menjawab kenyataan Syiah Melayu, Saudara Kamil Zuhairi di akhbar malaysiakini.com.

Saya tidak mampu menahan ketawa saya apabila membaca kenyataan Kamil Zuhairi iaitu: Isu konflik di Syiah-Sunni juga tidak timbul kerana pengikut Syiah di negara ini menganggap pengikut Ahli Sunnah Wal Jamaah sebagai 'adik-beradik', katanya. Katanya Syiah di Malaysia menganggap Ahli Sunnah adik-beradik. Aduhai, lawak apa pula yang dilakukan oleh si penipu ini?
Sudah-sudahlah dengan Taqiyyah anda wahai pencela para sahabat. Kami Ahli Sunnah sama sekali tidak akan berkompromi apatah lagi berkasih sayang dengan kalian (syiah) yang mengkafirkan para sahabat Nabi. Buat anda yang di luar sana, jangan tertipu dengan sandiwara mereka. Ketahuilah, mereka sangat membenci Ahli Sunnah, bahkan bencinya mereka terhadap Ahli Sunnah telah terbukti dengan pembunuhan umat Islam di Syria, Irak, dan Iran. Untuk membuatkan anda yakin bahawa memang Syiah ini terlalu membenci Ahli Sunnah, mari saya bawakan kalam-kalam Syiah sendiri yang mencela dan mengutuk Ahli Sunnah sekutuk-kutuknya.
Syiah menggelar golongan Ahli Sunnah wal-Jamaah sebagai Nasibi(نَاصِبِي) "Penipu, Pembangkang atau penentang Ali bin Abi Talib" kerana mereka mendahulukan Abu Bakar, 'Umar dan 'Uthman sebagai khalifah. Begitu juga ulama Syiah mengkafirkan pengikut mazhab Syafie, Hambali, Maliki dan Hanafi kerana mereka digolongkan sebagai an-Nasibi. Menurut ulama Syiah lagi: "Dalam kalangan ulama (Ahli Sunnah) dari Malik, Abi Hanifah, Syafie, Ahmad dan Bukhari semua mereka kafir dan terlaknat". [Lihat: Asy-Syiah wa as-Sunnah. Hlm. 7. Ihsan Ilahi Zahiri].
Keyakinan Syiah yang sesat ini diambil dari keterangan ulama mereka Syeikh Husin al-'Usfur ad-Darazi al-Bahrani. Beliau menegaskan: "Riwayat-riwayat para imam menyebutkan bahawa an-Nasibi (si Kafir) adalah mereka yang digelar Ahli Sunnah wal-Jamaah". [Lihat: Al-Masail al-Khurasaniyah. Hlm. 147].
Syiah menganggap seluruh Ahli Sunnah wal-Jamaah kafir yang setara dengan orang-orang kafir musyrikin dan najis. Berkata Abu Qasim al-Musawi al-Khuri (ulama besar Syiah): "Najis ada sepuluh jenis, yang ke sepuluh adalah orang kafir, iaitu yang tidak beragama atau yang beragama bukan Islam atau beragama Islam menolak yang datang dari Islam. Dalam hal ini tidak ada perbezaan antara murtad, kafir asli, kafir zimmi, Khawarij yang ghalu atau an-Nasibi (Ahli Sunnah wal-Jamaah)". [Lihat: Manhaj Shalihin. (1/116)].
Berkata Ruhullah al-Musawi (ulama Syiah): "Sesungguhnya an-Nasibi (Ahli Sunnah wal-Jamaah) dan Khawarij dilaknati Allah Subhanahu wa-Ta'ala. Keduanya adalah najis tanpa diragukan lagi".[Lihat: Tahrirul al-Wasilah. (1/116). Cetakan Beirut].
Syiah mengkafirkan Ahli Sunnah kerana tidak mengiktiraf (tidak mengimani) Imam Dua Belas. Berkata Yusuf al-Bahrani (ulama Syiah): "Tidak ada perbezaan antara orang yang kafir kepada Allah Subhanahu wa-Ta'ala, RasulNya dan yang kafir kepada para Imam Dua Belas". [Lihat: Al-Hadiq an-Nadirah. (28/153). Cetakan Beirut].
Dan berkata Kamil Sulaiman (ulama Syiah): "Sesiapa yang meyakini para Imam Dua Belas maka dia adalah orang yang beriman dan sesiapa yang mengingkarinya dia adalah kafir". [Lihat: Kitabul Khalash Fi Zilli al-Qaimmul Mahdi. Hlm. 44. Cetakan Beirut, Lebnon].
Syiah menghalalkan darah dan harta Ahli Sunnah. Berkata Muhammad bin Ali Babawaihi al-Qummi, dia meriwayatkan dari Daud bin Farqad: "Aku bertanya kepada Abu Abdullah 'alaihis salam: Bagaimana pendapat engkau membunuh an-Nasibi (Ahli Sunnah wal-Jamaah)? Dia menjawab: Halal darahnya akan tetapi lebih selamat bila engkau sanggup menimpakan dengan tembok atau menenggelamkan (mati lemas) ke dalam air supaya tidak ada buktinya. Aku bertanya lagi: Bagaimana dengan hartanya? Dia menjawab: Rampas sahaja semampu mungkin". [Lihat: 'Ilal asy-Syar'i. Hlm. 44. Cetakan Beirut].
Berkata Abu Ja'far ath-Thusi (ulama Syiah): "Berkata Abu Abdullah 'alaihis salam (Imam as-Sadiq): Ambillah harta an-Nasibi (Ahli Sunnah wal-Jamaah) dari jalan apapun kamu mendapatkannya dan berikan kepada kami seperlima". [Lihat: Tahzibul Ahkam. (1V/122) Cetakan Tehran].
Yusuf al-Bahrani berkata (ulama Syiah): "Dari dahulu sehinggalah sekarang, bahawa an-Nasibi kafir dan najis secara hukum, dibolehkan mengambil segala harta benda mereka bahkan dihalalkan membunuhnya". [Lihat: Al-Hadiq an-Nadirah Fi Ahkam al-Atraf at-Tahirah. (X11/323-324)].
Begitulah sikap golongan Syiah terhadap Ahli Sunnah wal-Jamaah yang mereka gelar sebagai an-Nasibi. Mereka bukan sahaja memusuhi Ahli Sunnah malah mengistiharkan bunuh dan rampas harta benda Ahli Sunnah wal-Jamaah. Dan rampasan tersebut dianggap oleh mereka sebagai ganimah (harta rampasan perang).
E’eeee, sayangnya Syiah kat Ahli Sunnah. Kita adik beradik? Sudah-sudahlah wahai si Kafir! Eh belum lagi, nak tahu sebab apa Kamil Zuhairi kata Syiah kat Malaysia anggap Ahli Sunnah ini seperti adik beradik? Mesti lihat video ini, tapi jangan terkejut ye..
http://www.youtube.com/watch?v=8xF681MxxOw&list=UUGb51Bz_HXSEoV577tb4TLw&index=1&feature=plcp
Hasrizal Abdul Jamil
Mengikut Ustaz Hazrizal pula di dalam status facebooknya mengatakan:
Bertindak terhadap Syiah, bukan barang mainan. Ia mesti dilakukan dengan wibawa. Taqiyyah Syiah satu. Aqidah, Fiqh, Politik, satu bab lagi. Fakta mesti tepat antara konteks dan masa, lebih-lebih lagi yang berkaitan dengan Sejarah. Rujukan mesti komprensif. Pandangan era Abbasiyyah, era Andalus, era Othmaniyyah vs Safavid, era moden pra Revolusi Iran dan era pasca Revolusi Iran, mesti dihalusi.
Saya tidak gemar melihat anak-anak muda meneruskan tradisi sarcasm dan ada "hehehe" semasa komen tentang Syiah, hingga bantahan terhadap Syiah dilihat sebagai reaksi 'budak-budak'.
Syiah hanya akan tenggelam oleh kewibawaan Sunni. Kukuhkan diri, perbaiki ilmu dan akhlaq, jangan melatah dan kemaskan saf ini.
No comments:
Post a Comment