Monday, June 18, 2012

Lelaki Itu Aku Rindu!


aku rindu!
lelaki itu.
rindukanya bukan kepalang.
tersangat-sangat.

nak makan teringatkan Dia.
nak tidur pun teringatkan Dia.
apatah lagi kalau mandi, solat.

segala kenangan manis bersama Dia ligat berputar di depan mata
tak kira siang atau malam.
mengimbau kenangan sehingga membuatkan air mata menitis.
panas di pipi sebak di hati
menahan kerinduan yang terpendam yang tak dapat diluahkan.
tiap malam tidur bertemankan sedu sedan hingga terlena.

kenapa aku asyik terfikirkan Dia?
kenapa aku sering terkenangkan Dia?
adakah aku menolak qada dan qadar Allah?
adakah salah aku mengenangkan orang yang sudah tiada di dunia ini?

tidak!
aku tak bersalah.
aku hanya mengikut kata hati aku yang terlalu rindukannya.
rindukan belai kasih sayangnya.
rindukan pelukan dan ciuman di tangannya.
yang rindukan kenangan-kenangan indah bersamanya.
yang bisa membuatkan aku tersenyum.
dia tersenyum.

namun,
impian itu hanya satu mimpi yang tak mungkin akan dapat kuulang semula.
kerana insan yang telah pergi akan tetap pergi selamanya.
pergi hingga tidak kembali.
membuatkan aku rindu.
lelaki itu!

ABAH..



No comments: