Saturday, October 6, 2012

Impian dan Cita-Cita Aku Sebagai Seorang Manusia


Assalamualaikum w.h.t

apabila berbicara tentang impian / cita-cita, aku ada banyak impian yang aku nak buat dalam masa yang terdekat ni. aku berharap sangat aku dapat buat semua impian aku tu. mOh kite tengOk apa impian aku yang banyak sangat tu ye. hik hik


1) nak belajar kaligrafi Islam (tulisan khat)

 

kenapa nak belajar?

da aku minat nak belajar tulis khat sO aku nak la belajar. hii. jangan marah.
sebenarnya bagi aku kaligrafi Islam ni ada seni yang tersendiri.
sangat-sangat cantik sebab kaligrafi ni guna tulisan jawi.
aku suka sangat tulisan jawi ni. kalau dapat belajar memang dapat beri satu kepuasan kat diri aku.
yang pasti sem depan aku nekad nak ambik ko-k kaligrafi Islam.
PASTI!! heh heh


2) nak belajar buat kek/kuih/masak lauk ikut resepi kat internet.

 

kenapa nak belajar?

kenapa kau tanya? aiyOyoo..
aku kan perempuan. sO minat aku dah semestinya nak main masak-masak kan. aku kan nak jadi isteri solehah. isteri kebanggaan suami. hii panjang angan-angan. sebenarnya kalau aku dapat belajar masak masakan baru, aku dapat challege diri aku sendiri untuk jadi chef suami yang terhebat! wakakaa..
untuk pengetahuan, aku da try beberapa masakan yang aku ambik resepinya kat internet.
antaranya yang aku berjaya masak - kuih pau.
first time masak alhamdulillah la menjadi sebab ada kak ngah aku tolong.
kali kedua aku buat sebab mak aku suruh.
mak teringin sangat nak makan pau.
kali ni kurang menjadi dan kurang sedap sikit sebab aku bancuh tepung pau tak ikut resepi dia.
sebabnya kertas resepi tak jumpa. grrrrrr..
so aku pun main campak-campak / agak-agak je kuantiti bahan-bahan dia. hik2
walaupun hasilnya kurang sedap tapi mak aku tak komen negatif pun kat pau aku tu.
aku je yang bising kate tak sedap, keras sikit la, warnanya tak putih la. hahaha


3)  nak belajar buat penulisan yang baik dan matang.

 

kenapa nak belajar?

sebaaaab aku rasa ayat dalam penulisan aku langsung tak matang! grrrrrrrrr..
kan aku pernah buat cerpen kat penulisan2u.com. yang belum baca penulisan aku sila la cuba baca kat sini dan tengok le kOmen-komen pembaca kat link tu.
ada yang kata gaya penulisan aku tak matang.
tapi bila baca-baca balik memang tak matang pun! adOyyy.
termengaku pulak. hii

shy shy shy..  @-@


 4) nak belajar bercakap dalam english. Oh My English!


kenapa nak belajar?

apa da soalan. sebab aku tak pandai la! hahahaha..
niat aku sem depan aku nak ambik kelas komunikasi dalam b.i. penting tu wOo..
lagi-lagi dengan otak aku yang lemah ni. dulu aku ingat lagi. time tu kat asrama aku ada kelas tambahan waktu malam untuk PMR. time kelas tu aku langsung tak paham apa yang teacher aku cakap.
memang bengap sangat la otak aku ni. balik kelas je aku nangis weyhh! tu yang tak tahan tu.
sedih marah geram semua ada. nasib baik kawan aku fateh tolong bagi semangat kat aku. wuwuwuuu..
untuk pengetahuan korang, semua famili aku semuanya tak pandai english.
yang sebetulnya semua adik-beradik aku TAK SUKA ENGLISH.

Oh My English!


5) nak belajar semua tentang al-Quran. (Tajwid, Tarannum, dll)

 

kenapa nak belajar?

sebaaaab apa gunanya nama Islam tapi tak tau apa-apa pasal al-Quran.
malu la beb! dalam hidup kita perlu seimbang ilmu dunia ngan akhirat. kalau asyik tertumpu kat pelajaran dunia like biologi, kimia, komunikasi dll dan yang pelajaran akhirat like al-Quran, hadith, ilmu ibadat dll langsung terasing / terabai, memang ko berjaya kat dunia je la bukan kat akhirat!
 kita sebagai orang muslim, kejarla dua-dua. dunia wa akhirat.
seimbang ok!
barulah jadi seorang muslim / muslimah yang sejati. sejati macam junjungan besar Nabi kita
Muhammad S.A.W. =)


6) nak kerja sendiri dengan famili. bisnes gitu..hii

 

kenapa nak kerja sendiri?

hurmmmm.. pandang atas. pandang bawah. kiri. kanan.
kenapa eh? kenapa kenapa kenapa? hiii..
sebaaab aku rasa segulung ijazah tu tak menjamin apa-apa pun yang aku akan dapat kerja.
tengokla sekarang ni. da berapa banyak golongan lepasan IPT yang tanam anggur?? haa..
sO, aku da berangan-angan nak bukak bisnes restoran dengan famili aku. kui kui
siap bincang-bincang lagi tau. kelakar sungguh bila pikir balik.
yang adik lelaki aku pulak dulu dia ada la joint bincang sama nak bukak restoran keluarga.
baru-baru ni pulak dia kata nak bergiat dalam pertanian. dah pulakk. hahaa.. macam-macam.
anggukkan je la kepala ni. :b


7) aku nak kawen + jadi ISTERI solehah! wink wink.


kenapa nak kawen?

sebab aku nak sempurnakan sebahagian dari agama aku ISLAM dengan bernikah.

seperti mana dalil yang bemaksud, 

Rasulullah s.a.w. bersabda : “Jika seseorang hamba itu menikah, maka sesungguhnya ia telah menyempurnakan sebahagian daripada agamanya, oleh kerana itu hendaklah ia bertaqwa kepada Allah untuk sebahagian yang tersisa.” (Hadis Hasan Menurut Sheikh al-Albani, di dalam ash-Sahihah, (no. 625))


Dalam hadis yang lain, Rasulullah s.a.w. bersabda : “Menikahlah, kerana sesungguhnya aku akan berbangga dengan jumlah kalian yang ramai kepada umat-umat lain pada hari Kiamat, dan janganlah kalian menjadi seperti pendita Nasara (Kristian).” (Hadis Riwayat al-Baihaqi, (7/78)) 
dan 

“Ada empat perkara yang termasuk sunnah para Rasul, iaitu ; perasaan malu, memakai wangi-wangian, bersiwak, dan menikah. (Hadis Riwayat at-Tirmidzi, (no. 1086) di dalam kitab an-Nikah, menurut beliau hadis ini hasan sahih)

semua hadis tu aku ambik dari blog akak ainnurhuda.


kenapa nak jadi isteri solehah?

sebab kalau dah jadi isteri, senang je si isteri nak buat pahala banyak-banyak.
pahala banyak senang la nak masuk syurga Allah nanti. =)

contohnya Nabi SAW ada bersabda yang bermaksud :
"Apabila seorang wanita menjaga solat lima waktu, berpuasa sebulan (Ramadan), menjaga kemaluannya dan taat kepada suaminya, maka ketika berada di akhirat dikatakan kepadanya : Masuklah engkau ke dalam syurga dari pintu mana saja yang engkau sukai". (riwayat Ahmad 1/191, Shahihul Jami' no. 660, 661)

Artikel Penuh : utusan.com.my © Utusan Melayu (M) Bhd


# aku rasa macam impian aku banyak lagi je yang tak tertulis. hak hak
tak pelah. cukuplah yang ni je dulu ye. lain kali pulak aku buat impian yang seterusnya ;p


3 comments:

Ayu Rashidah @ Cik Ayu said...

Assalamualaikum....akk lama dah x mengomen kat blog2 lain, x sempat !so,malam ni baru nak mula aktiviti menjengah blog2 yg dah di folo dulu, bila baca entri ni, terhibur rasa,
yang sebenarnya, sifat manusia itu ingin tahu, sbb tu kita nak belajar perkara yg kita tak tahu, dan sifat seorang muslima/muslimah yang baik ialah ingin memperbaiki ilmu agamanya terus menerus, jadi akan terhasil lah suami soleh isteri solehah, insyaAllah, aamiin... didoakan semoga cita2 akan di qabulkan Allah semuanya...... :)

Unknown said...

Assalamualaikum,,saye ade buat kuiz agama kat blog saye,,kalu boleh jawab
saye bagi hadiah percuma kat awk ape lagi jenguklah blog saye selalu di http://ijalyadiy2.blogspot.com

Unknown said...

ASSALAM....
SAYA DOAKAN AWAK DAPAT MENYEMPURNAKAN SEMUA IMPIAN AWAK
INSYAALLAH...