Adakah anda sudah mempunyai pekerjaan? - Bersyukurlah. Ada orang lain ingin sekali mempunyai pekerjaan seperti anda. Memadai baginya mempunyai pekerjaan walau gaji yang sedikit
Adakah anda seorang mahasiswa/i? - Bersyukurlah. Ada orang lain yang mungkin tidak mampu masuk ke universiti oleh sebab isu kewangan.
Adakah anda masih mempunyai ibu bapa? - Bersyukurlah. Anak yatim piatu di luar sana pasti mereka akan lebih menghargai ibu bapa mereka sekiranya mereka masih hidup.
Namun kadang-kala kita tidak bersyukur dengan apa yang kita ada sekarang yang menyebabkan kita sering mencari kepuasan untuk perkara yang tiada.
Kita ada pekerjaan tetapi gaji sedikit; kita mengeluh. Kita berkata;
"Alangkah bagusnya aku dapat gaji yang besar"
Kita jadi mahasiswa/i tetapi perlu hadapi projek, tugasan yang banyak; kita mengeluh. Kita berkata;
"Alangkah bagusnya kurang projek/tugasan"
Kita mempunyai ibu bapa tetapi tidak persefahaman (bukan ibu bapa yang kita idamkan); kita mengeluh. Kita berkata;
"Alangkah bagusnya ibu bapa aku macam ini itu"
Namun pastikah kita akan berpuas hati sekiranya apa yang kita mahu terjadi? Tiada siapa yang dapat menjamin.
Ramai yang menyangka mereka akan menjadi lebih baik apabila mereka mendapat apa yang mereka idamkan. Hakikatnya mereka akan sentiasa dalam keadaan mencari kepuasan namun tidak akan pernah berpuas hati dengan apa yang ada.
"Ramai yang mampu bersabar dengan apa yang tiada tetapi tidak ramai yang mampu berSYUKUR dengan apa yang ada"
Tidak hairanlah mengapa Allah berfirman dalam surah Saba' ayat 13;
“Dan sedikit sekali hamba-hambaKu yang bersyukur”.
'Share' sekiranya anda ingin lebih ramai orang mula berSYUKUR dengan apa yang ada dan menghargai tiap nikmat yang Allah beri.
frOm : Saya Insan Bahagia
No comments:
Post a Comment