Friday, October 5, 2012

Kenapa Panas Sangat Hati Ni?


Hari       : Jumaat
Jam       : 1.00 a.m

perggghh.. rasa sangat sakit hati bila tengok muka adik sendiri kat fb dia. kenapakah?

cuaca kat luar ni pun baru je hujan turun dengan lebatnya. seperti mengerti akan hati dan perasaan dalam hati ni. tak tau macam mana nak luahkan. Allah je mengerti kenapa dan mengapa.

Astaghfirullahalazim..

adik sendiri kot. apa dosa dia sampai perasaan aku jadi macam ni?

aku bukannya membenci adik sendiri. kadang-kadang aku tak suka dan sangat benci dengan PERANGAI dia yang ................ tak perlu kot aku mention kat sini. macam mana ye nak bagi hati dia tu lembut umpama kapas yang mendengar nasihat orang yang lebih tua lagi-lagi adik-beradik dia sendiri?

kadang-kadang jugak sampai aku termimpi-mimpi adik aku tu. dalam mimpi tu aku tarbiyah / toyoh / basuh otak dia + marah dia agar jadi manusia yang baik. walaupun sabar tu jalan yang terbaik tapi nak sabar macam mana kalau perangainya dah sampai buat orang lain benci.

hmmm.. aku sayang kat adik-adik aku. sedih aku pikir adik aku yang ni. kalau mak aku yang pikir lagi bertambah-tambah sedih la hati mak aku tu.

persoalannya : macam mana nak faham perangai dia?

# membebel yang bukan-bukan. ghhrrrrr
# nak masuk tidur. pikir dalam mimpi je.


No comments: