Hari ini merupakan 9 Muharram 14334 hijrah
sempena 10 muharram / hari Ayura, kita sebagai umat Islam disunatkan untuk berpuasa pada 10 Muharram. Namun terdapat dua cara untuk berpuasa sunat asyura iaitu berpuasa 9 + 10 Muharram atau 10 + 11 Muharram. hal ini kerana untuk mengelakkan daripada menyerupai puasa oleh orang-orang Jahiliyan pada zaman Rasulullah.
Daripada Abdullah bin Ma'bad az-Zamani daripada Abu Qatadah bahawa nabi Muhammad s.a.w telah bersabda : berpuasa pada hari 'Asyura (kesepuluh Muharram) sesungguhnya aku mengharapkan atas Allah swt bahawa Dia akan menghapuskan dosa setahun yang sebelumnya.
(diriwayatkan oleh Imam Tarmizi)
di bawah ini terdapat doa Asyura beserta makna yang telah diamalkan oleh ulama' terdahulu dan boleh dijadikan doa amalan sepanjang 10 permulaan Muharram ini sehingga pada 10 Muharram (hari asyura)
~doa Asyura~
حَسْبُنَااللَّهُ وَنِعْمَ الْوَكِيْلُ نِعْمَ الْمَوْلَى وَنِعْمَ النَّصِيْرُ
سُبْحَانَ اللَّهِ مِلْءَالْمِيْزَانِ وَمُنْتَهَى الْعِلْمِ وَمَبْلَغَ
الرِّضَاوَزِنَةَالْعَرْشِ
لاَمَلْجَأَ وَلاَمَنْجَأَ مِنَ اللَّهِ اِلاَّ اِلَيْهِ سُبْحَانَ اللَّهِ عَدَدَالشَّفْعِ
وَالْوِتْرِ
وَعَدَدَكَلِمَاتِ اللَّهِ التَّامَّاتِ كُلِّهَانَسْأَلُكَ السَّلاَمَةَبِرَحْمَتِكَ
يَااَرْحَمَ الرَّاحِمِيْنَ
وَلاَحَوْلَ وَلاَقُوَّةَ اِلاَّ بِاللَّهِ الْعَلِىِّ الْعَظِيْمِ
وَهُوَحَسْبُنَ وَنِعْمَ الْوَكِيْلُ نِعْمَ الْمَوْلَى وَنِعْمَ النَّصِيْرُ
وَصَلَّى اللَّهُ عَلَى سَيِّدِنَا مُحَمَّدٍ وَعَلَى آلِهِ وَصَحْبِهِ وَسَلَّمَ
“Hasbunallahu wani’mal wakiilu ni’mal maulaa wani’man nashiiru
Subhanallahi mil-al miizaani wa muntahal ‘ilmi wa mablaghar ridhaa wazinatal ‘arsyi
Laa malja-a walaa manja-a minallahi illa ilaihi subhaanallahi ‘adadasy syaf’ir wal witri
Wa ‘adada kalimaatillahittaammaati kulliha nas-alukas salaamata birahmatika yaa arhamar raahimina
Walaa haula walaa quwwata illa billahil ‘aliyyil ‘azhiimi
Wa huwa hasbuna wa ni’mal wakiilu ni’mal maulaa wa ni’man nashiiru
Wa shallalahu ‘alaa sayyidina muhammadin wa ‘alaa aalihi washahbihii wasallam”
Maksudnya:
“Cukuplah Allah menjadi sandaran kami, dan Dia sebaik-baik Pelindung, sebaik-baik kekasih, dan sebaik-baik Penolong.
Maha Suci Allah sepenuh timbangan, sesempurna ilmu, sepenuh keredhaan dan timbangan ‘arsy.
Tidak ada tempat berlindung dan menyelamatkan diri dari Allah, kecuali hanya kepada-Nya.
Maha Suci Allah sebanyak bilangan genap dan ganjil, dan sebanyak kalimat Allah yang sempurna, kami memohon keselamatan dengan rahmat-Mu wahai Dzat Yang Paling Penyayang diantara semua yang penyayang.
Dan tiada daya upaya dan kekuatan, kecuali dengan pertolongan Allah Yang Maha Tinggi lagi Maha Agung.
Dan Dialah yang mencukupi kami, sebaik-baik Pelindung,
Ameen Ya Rabbal Alamin
semoga Allah merahmati diriku dan kalian semua.. ^^
..selamat berpuasa dan selamat beramal..

No comments:
Post a Comment