Thursday, December 15, 2011

Setiap Wanita Itu Cantik..



Seorang kanak-kanak lelaki bertanya kepada ibunya
Mengapa ibu menangis?
Kerana ibu seorang wanita,” dia berkata kepada anaknya.
saya tidak mengerti,” jawab anak kecil tersebut.
Ibu memeluk anaknya dan berkata 
Dan kamu tidak akan pernah mengerti

Kemudian anak lelaki tersebut bertanya kepada ayahnya
Mengapa ibu menangis tanpa ada alasan?
Semua wanita menangis tanpa ada alasan,” hanya itu yang dapat dikatakan ayahnya.

Anak lelaki itu membesar dan menjadi seorang lelaki dewasa, dan masih merasa hairan mengapa wanita menangis.
Akhirnya dia mengadu pada Tuhan, dan dia bertanya,
Tuhan, mengapa wanita begitu mudah menangis?
Tuhan berkata :
Aku menciptakan wanita istimewa.
Aku menciptakan baginya bahu yang kuat 
untuk memikul beban dunia,
tetapi begitu lembut sehingga dapat memberikan kenyamanan.

Aku memberinya kekuatan untuk melahirkan dan menahan kerenah dari anak-anaknya

Aku memberinya keteguhan yang membuatnya dapat tetap bertahan di saat semua orang sudah menyerah,
dan tetap memperhatikan keluarganya tanpa mengeluh saat sedang lelah maupun sakit.

Aku memberinya kepekaan untuk mencintai anak-anaknya dalam keadaan apapun, meskipun mereka menyakitinya.

Aku memberinya kekuatan untuk dapat memaklumkan kesalahan-kesalahan suaminya, menciptakannya dari tulang rusuk suaminya untuk melindungi hatinya

Aku memberinya kearifan 
untuk mengetahui bahawa seorang suami yang baik 
tidak akan pernah menyakiti isterinya, 
tetapi kadang-kadang 
menguji kekuatan dan ketetapan hatinya 
untuk tetap teguh 
mendampingi suaminya

Dan akhirnya, 
Aku memberinya air mata untuk dicurahkan.
Ini khusus miliknya untuk digunakan bila-bila pun diperlukan.

Kau lihat: Kecantikan seorang wanita tidak terletak pada pakaian yang dikenakannya, penampilan luaranya, atau cara dia menyisir rambutnya.

Kecantikan seorang wanita 
dapat dilihat melalui 
matanya, 
kerana mata adalah pintu menuju hatinya,
tempat dimana cinta bersemayam. 


SETIAP WANITA ITU CANTIK….







No comments: