Sunday, January 15, 2012

Ayah.. Apa Itu Politik?


Assalamualikum.. =)

Di sini saya nak kongsi satu cerita mengenai seorang anak yang bertanya kepada bapanya tentang 'POLITIK'.. hehehee

cerita ny hanya sebagai modem untuk menceriakan suasana petang-petang cam ny..hee saya jumpa cerita ny masa saya jalan-jalan kat facebook tadi.. mari ikuti kisahnya..



Ayah, Apa Itu Politik?

Pada suatu malam, ketika sedang makan malam sekeluarga, si anak sulung yang berusia 9 tahun itu bertanya pada si ayah, “Ayah, apa itu politik?”
 
Jawab ayah, “Politik itu macam keluarga kita la.. ayah dapatkan wang tuk keluarga kita, ayah adalah kapitalis, mama gunakan wang itu tuk menguruskan kluarga kita, jadi mama adalah kerajaan. kakak pembantu rumah kita adalah golongan pekerja. kamu adalah rakyat dan adik kamu adalah generasi masa depan. Faham????” 
 
Jadi, semalaman si anak berusia 9 tahun itu tidak dapat lelapkan matanya berfikir tentang politik. Sehingga akhir skali dia menjadi jemu dan hampir terlelap.. Pada waktu itulah, si adik buat perangai.. Meraung tengah-tengah malam. Si anak lalu pergi ke bilik ibu dan ayahnya hendak memberitahu bahawa adiknya meraung kerana pampersnya sudah penuh najis.. 

Sampai di bilik dia melihat ibunya sedang lena tido.. Walau berkali-kali dipanggil, si ibu tetap tidur. Dilihat si ayah pula tiada di sebelah ibu. 

Jemu mengejutkan ibu, dia mengambil keputusan pergi ke bilik pembantu rumah. Apabila dibukanya pintu bilik pembantu rumah, dia melihat si ayah berada di pembaringan si pembantu Indonesia itu.. 

akhir skali si anak terpaksa lah menyalin pampers adiknya sendiri..

sewaktu bersarapan esok pagi, si ayah tanya, 
“Dah faham apa itu politik???” 

Si anak yang sedang selera makan selamba menjawab, 
“Dah!!!” si ayah dan ibu terkejut dengan jawapan selamba itu.. 

Lantas si ibu mencelah, “Jadi apa itu politik???”, 
si anak mengangkat muka dan melihat ayah dan ibunya dengan tenang menjawab……. 

“Sewaktu KERAJAAN sedang asyik tidur, GOLONGAN KAPITALIS menodai golongan PEKERJA. Akibatnya RAKYAT di abaikan dan MASA DEPAN bergelumang dengan NAJIS!!! itu lah politik!!”..


[90266[4].jpg]
Hiasan semata-mata




No comments: