Soalan pertama yang akan ditanya apabila
kita berada di Alam Kubur ialah,
" SIAPAKAH TUHANMU ? "
Manusia yang beriman akan segera menjawab tanpa rasa takut,
" ALLAH TUHANKU "
Selain dari yang beriman tidak akan dapat menjawab apa-apa.
Lalu dipukul dan dipalu . Dia akan terus ditanya dan terus dipukul
dan dipalu hingga hari Kiamat.
manakala soalan kedua yang akan ditanya ialah :
" SIAPAKAH NABIMU ? "
Manusia yg beriman akan segera menjawab dengan bangganya,
" MUHAMMAD S.A.W. ADALAH NABIKU "
Selain dari yang beriman tidak mampu menjawab soalan tersebut kerana semasa hayatnya dia telah mempersendakannya. Lalu dia akan dipelangkong tanpa henti.
Soalan ketiga yang akan ditanya ialah :
" APAKAH AGAMAMU ? "
Manusia yg beriman akan segera menjawab dengan tanpa malu,
" ISLAM AGAMAKU "
Selain dari yang beriman tidak mampu menjawab soalan tersebut kerana semasa hayatnya dia tidak memperjuangkan Agama Islam.
Maka dia akan terus dipukul dengan tiada belas kasihannya.
Soalan yang keempat yang akan ditanya ialah :
" APAKAH KIBLATMU ? "
Manusia yang beriman akan segera menjawab,
" BAITULLAH KIBLATKU "
Selain dari yang beriman tidak mampu menjawab soalan tersebut kerana semasa dia hidup , dia tidak menunaikan solat dan lupa kepada ALLAH.
Soalan yang kelima pula yang akan ditanya :
" SIAPAKAH IMAMMU ? "
Manusia yang beriman akan segera menjawab dengan rasa tenang,
" AL-QURAN IMAMKU "
Selain dari yang beriman tidak mampu berbuat apa-apa melainkan menangis dan meraung kerana semasa hayatnya, segala panduan dan isi yang terkandung di dalamnya dia perlekehkan.
Maka dia akan segera dilibas, dipukul bertalu-talu.
Soalan yang keenam akan ditanya :
" SIAPAKAH SAUDARAMU ? "
Manusia yg beriman akan segera menjawab dengan ikhlas ,
" SEKALIAN MUSLIMIN DAN MUSLIMAT IALAH SAUDARAKU "
Selain dari yang beriman akan berbohong mangatakan
" semua orang islam adalah saudaranya " dan dia akan terus dipukul lagi kerana berbohong . Semasa hayatnya, dia lebih suka bersaudarakan mereka yang memusuhi agama Allah, musuh Allah.
Soalan yang seterusnya ialah :
" APAKAH KALIMAH YG KAMU BAWA BERSAMA-SAMA DENGANMU ? "
Orang-orang yang beriman dengan yakin akan menjawab,
"LAA ILAA HA ILLALLAH MUHAMMADUR RASULULLAH"
Adapun orang-orang yang munafiq dan orang-orang yang ragu dalam kepercayaan mereka, maka jawab mereka,
" AKU TIDAK TAHU APA-APA . AKU DENGAR ORANG RAMAI MENGATAKAN BEGITU ,
BEGINI JUGA KU UCAPKAN PULA ".
Maka, dengan itu, dia tidak akan dapat menyelamatkan dirinya
dari seksa dan azab kubur.
Orang-orang yang beriman , akan terselamat dari seksa dan azab kubur , dan akan disuruh untuk tidur . “Kami sudah tahu bahawa kamu betul-betul beriman dengannya . Kerana itu tidurlah dengan nyenyak .”
Wahai SAYA Bin IBU SAYA tetapkanlah hatimu, inilah dia suatu dugaan yang paling besar . Ingatlah bahawa kamu sekarang sedang tinggal di dalam alam Barzakh , sehingga sampai satu masa kelak,
kamu akan dibangunkan semula untuk berkumpul di Padang Mahsyar.
Insaflah
wahai SAYA Bin IBU SAYA ,
bahawasanya
mati ini adalah benar ,
soalan malaikat Mungkar dan Nakir
di dalam kubur ini adalah benar ,
bangun dari kubur kemudian
kita dihidupkan semula adalah benar ,
berkumpul dan berhimpun
di Padang Mahsyar adalah benar ,
dihisab dan dikira segala
amalan kamu adalah benar ,
minum di kolam air nabi
adalah benar ,
ada syurga dan neraka
adalah benar .
Bahawasanya hari Kiamat
tetap akan adanya ,
begitu juga Tuhan
yang maha berkuasa akan
membangkitkan semula
orang-orang yang di dalam kubur .
Alam barzakh ialah alam kehidupan selepas mati sementara menunggu tibanya kiamat.
Firman Allah (bermaksud) :
“Dan di hadapan mereka ada alam barzakh
(yang mereka akan tinggal menetap padanya)
hingga hari mereka dibangkitkan semula
(iaitu pada hari kiamat)”.
(Surah al-Mukminun, ayat 100)
3 comments:
mengingatai mati adalah mutivasi terbaik untuk berubah dan bertaubat....insyaAllah mudah di sana nanti....
nak buat kelopak bunga jatuh eh? cer tengok tutorial kat sini :
http://tutorialuntukblog.blogspot.com/2011/10/tutorial-kelopak-bunga-berguguran-di.html
terima kasih kerana mengingatkn sy....
ayushida : terima kasih ayushida bg link tutorial tu,,hii sy sangat2 menghargainya.. InsyaAllah nnt nak try buat.. =)
azmi khan : peringatan untuk semua muslimin muslimat dan juga pada diri sy sendiri.. InsyaAllah..
Post a Comment