Sunday, January 15, 2012

Tentang Cinta - Pahrol Mohd Juoi





"Jika tepat masa, ketika, keadaan dan SIAPA, cinta adalah kuasa luar biasa yang tiada bandingannya."


Buku ini memang menarik untuk dibaca terutama bagi golongan remaja yang masih mencari-cari apa erti cinta sejati.

Cinta adalah fitrah setiap insan. Dikurniakan ALLAH setiap manusia itu perasaan ingin dicintai dan mencintai. Namun cinta bagaimanakah yang sebenarnya menurut syariat Islam? Bolehkah bercinta sebelum berkahwin?

Buku ini mengupas segala persoalan tentang CINTA dengan begitu menarik,ringkas dan padat. Juga ditambah dengan lukisan kartun, madah-madah puisi dan mutiara kata menjadikan pembacaan lebih rileks dan santai.


Kandungan 'Tentang Cinta' ini terdapat 18 bab iaitu :
01 - Titanic Yang Tenggelam
02 - Salahkah Bercinta?
03 - Cinta Berperaturan
04 - Nak Ber'couple' Boleh Tapi..
05 - Cinta vs CINTA
06 - Cinta Tanpa Perantara
07 - Hubaya-Hubaya Cinta 'Pra - Baligh'
08 - Sirna Cita-cita Dek Kelam Cinta
09 - Cinta, Tudung dan..
10 - Cari Yang Cantik
11 - Siapa Boleh Dapat Solehah
12 - Cepat kahwin!
13 - Perigi Cari Timba Pun Ok!
14 - Cinta Indah Selepas Nikah
15 - Cinta Mesti Ada 'Class'
16 - Ubat Fruss Cinta
17 - Cintailah CINTA
18 - Putus Cinta Kerana CINTA




"Cinta kalau bahasanya hati...itulah cinta hakiki.

Kasih jika dasarnya Rabbi....itulah kasih sejati"





No comments: