Wednesday, November 23, 2011

Abu Bakar As-Siddiq


salju ada mengikuti usrah di bawah persatuan ISMA di kolej salju. sebenarnya dah lama salju pergi usrah tu cuma baru sekarang baru berkesempatan nak share sesuatu y salju dapat daripada program tu. 
program tu berlangsung dari pagi sampai la petang. pembukaan program, kami diberikan satu game dalam kumpulan di mana kami diberikan sedulang kecil potongan buah-buahan. nak tau x apa ya kitorang kena buat? hee.. kitorang kena makan buah-buahan tu dengan cara suap-menyuap kepada ahli y lain. time tu kebetulan salju berpuasa dan xdapat la nk merasa suapan daripada rakan lain. tapiii.. salju dapat menyuapkan potongan buahan tu kat rakan lain. perasaan time tu sangat2 la kasih.. macam suap anak dengan kasih sayang.. syok sgt.. 

n then selepas tu diadakan satu motivasi mengenai Sirah. tajuknya mengenai Abu BAkar As-Siddiq. di bawah ny adalah serba sedikit maklumat menegnai sahabat Nabi..


Riwayat Hidup Abu Bakar
  • Nama sebenar : Abdullah bin Abi Quhafah
  • Dilahirkan di Mekah pada tahun 572 masihi (2 tahun selepas kelahiran Rasulullah)
  • Berasal dari keturunan bangsawan quraisy, Bani Tamim
  • ahli perniagaan berjaya yang menyumbang kepada perkembangan dakwah Islam
  • merupakan lelaki dewasa pertama memeluk islam
  • digelar As-siddiq kerana sentiasa memebnarkan setiap apa yang dikatakan dan dilakukan oleh Rasulullah s.a.w (contoh: mengakui kebenaran peristiwa Isra' mikraj yang dilalui)
  • dilantik senagai khalifah Islam pertama selepas kewafatan Rasulullah
  • meninggal dunia pada tahun 13 hijrah ketika berusia 63 tahun
  •  
Sumbangan/Pengorbanan/Jasa Saidina Abu Bakar
  •  mendermakan seluruh hartanya untuk membiayai peperangan Tabuk.
  • membebaskan penganut Islam yang disiksa dengan membayar tebusan.
  • sentiasa bersama Rasulullah dalam semua peperangan.
  • sanggup mengorbankan nyawanya uantuk selamatkan Rasulullah.
  • menemani Rasulullah berhijrah dari Mekah ke Madinah.
  • memerangi dan menghapuskan golongan murtad dan orang yang mengaku menjadi nabi.
  • memerangi golongan yang enggan membayar zakat.
  • menegmabvangkan syiar Islam ke negeri Parsi dan Rom.
  • menegkalakan keamanan yang telah diasaskan oleh Rasulullah.
  • berusaha mengumpulkan semua ayat al-Quran.


Kisah Pengorbanan


ketika peristiwa hijrah- Rasulullah ditemani Saidina Abu Bakar telah bersembunyi di gua Thur. Abu Bakar telah terlihat seekor ular keluar dari lubang berhampiran tempat Rasulullah tidur. Beliau lantas menutup lubang tersebut dengan kakinya kerana bimbang ular itu akan mematuk kaki Rasulullah. Lantaran menahan kesakitan dipatuk ular maka air matanya terjatuh di kaki Rasulullah dan baginda terjaga daripada tidurnya.



Iktibar daripada Tokoh
  1. Setiap mukmin hendaklah menjalankan ikatan silaturrahim berdasarkan iman dan taqwa tanpa mengira keturunan dan darjat.
  2. Setiap mukmin hendaklah berjihad pada jalan Allah dengan ikhlas dan sanggup berkorban jiwa, harta, tenaga, masa dan fikiran untuk agama, bangsa dan negara.
  3. Umat Islam bertanggungjawab dalam pemilihan pemimpin seperti mnyertai pilihanraya untuk memilih ketua/pemimpin.
  4. Setiap amanah perlu dilaksanakan dengan penuh tanggungjawab.


dalam usrah tu salju dapat sesuatu, kita sebagai seorang mukmin y beragama islam perlu membenarkan segala peraturan dan larangan Allah s.w.t sebab Abu Bakar pun membenarkan setiap kata-kata Rasulullah. apatah lagi kita ny y hanya manusia biasa kenalah memakaikan pakaian Islam dalam diri kita dan bukan hanya Islam pada nama sahaja. setiap peraturan y Allah turunkan semuanya menunjukkan jalan y terbaik untuk umat-Nya.. jadi marilah kita bersama-sama menuju ke arah kebaikan dan berbanggalah menjadi seorang mukmin. 

i proud to be a muslim!

No comments: