.. KUCING ..
siapa suka kucing anda memang seorang y penyayang,
saya pun suka jugak.. saya suka sebab kucing ada rupa 'baby face'
heehhehe..
cUmil sangaaatttttt..
suka suka suka..
tapi suka tengok je la.. suka sangat kucing y masih kecik.
y dah besar tak berapa sangat..hahhaha
sahabat y ada kucing pelihraan sekalian..
peliharalah kucing-kucing anda dengan baik..
jaga makan minumnya.. tidak sakiti dia..
walaupun kucing itu hanya seekor binatang yang tiada akal
namun mereka masih memiliki hati nurani, miliki rasa sakit jika disakiti.
olOh oLoh olOhhhh,, tOmeynye awk... geram tau! hik2
ada setengah masyarakat yang tak suka pada kucing sebab kucing ny bawa banyak masalah pada mereka. contohnya kucing-kucing ny suka sangat masuk rumah landing atas katil.. macam deme tu tuan rumah pulak..hik2
kadang-kadang tu ada yang siap bagi hadiah (kencing) dalam rumah.
mana tak nya tuan rumah tak mengamuk.
last-last y dah tak tahan sangat
siap buat plan ngan anak-anak suruh tangkap kucing masuk dalam guni and then pergi bawa kucing tu jauh dari rumah..
ada setengah kucing esoknya siap terduduk kat depan pintu..hahaha
runsing laa tuan rumah fikir pasal kucing..hik2
walaupun kucing ny bawa banyak masalah namun jangan lupa y Rasulullah dan sahabat baginda Abdurrahman sendiri sangat cinta pada haiwan ini.
ikuti kisah Rasulullah bersama kucing peliharaan baginda.
:::-:::-:::-:::-:::-:::-:::-:::-:::-:::-:::-:::-:::-:::-:::-:::-:::
-:::-:::-:::-:::-
-:::-:::-:::-:::-
Diceritakan dalam suatu kisah, Nabi Muhammad SAW memiliki seekor kucing yang diberi nama Mueeza.
Suatu ketika, dikala nabi hendak mengambil jubahnya, di temuinya Mueeza sedang terlelap tidur dengan santai diatas jubahnya. Kerana tidak mahu mengganggu haiwan kesayangannya itu, nabi pun memotong belahan lengan yang ditiduri Mueeza dari jubahnya.
Ketika Nabi kembali ke rumah, Muezza terbangun dan tunduk sujud kepada tuannya.
Sebagai balasan, nabi menyatakan kasih sayangnya dengan mengusap lembut ke badan kucing baginda itu sebanyak 3 kali.
Dalam peristiwa lain, setiap kali Nabi menerima tetamu di rumahnya, nabi selalu menggendong mueeza dan di taruh di pahanya.
Salah satu sifat Mueeza yang nabi sukai ialah dia selalu mengeong ketika mendengar azan, dan seolah-olah suaranya terdengar seperti mengikuti lantunan suara adzan.
Kepada para sahabatnya, nabi selalu berpesan untuk menyayangi kucing peliharaan, seperti menyayangi keluarga sendiri.
Hukuman bagi mereka yang menyakiti haiwan manja ini sangatlah berat, dalam sebuah hadis shahih Al Bukhori, dikisahkan tentang seorang wanita yang tidak pernah memberi makan kucingnya, dan tidak pula melepas kucingnya untuk mencari makan sendiri.
Nabi SAW pun menjelaskan bahawa hukuman bagi wanita ini adalah siksaan neraka.
Tak hanya nabi, isteri nabi sendiri, Aisyah binti Abu Bakar Ash Shiddiq pun amat menyukai kucing, dan merasa amat kehilangan dikala ditinggal pergi oleh si kucing.
Seorang sahabat yang juga ahli hadis, Abdurrahman bin Sakhr Al Azdi diberi jolokan Abu Hurairah (bapak para kucing jantan), kerana kegemarannya dalam merawat dan memelihara berbagai kucing jantan dirumahnya.
-:::-:::-:::-:::-
:::-:::-:::-:::-:::-:::-:::-:::-:::-:::-:::-:::-:::-:::-:::-:::-:::
Ya Allah..
y ny lagi cUmil! subhanallah.. sungguh indah ciptaan-Mu..
p/s : sayangilah kucing kerana ia adalah sunnah Nabi.. =)


No comments:
Post a Comment