Wednesday, November 23, 2011

piramid Giza..


Piramid di Giza adalah antara tujuh keagungan dunia yang masih wujud hingga hari ini.
Ia terletak di Giza, bandar purba Memphis dan kini adalah sebahagian daripada Kaherah, Mesir. 
Terdapat tiga piramid yang terkenal iaitu Piramid Khufu, Piramid Menkaure dan Piramid Khefre.



Sejarah Pembinaan Piramid

Monumen ini dibina oleh Pharoah Khufu iaitu pemerintah dinasti ke empat, kira-kira 2560 sebelum masihi yang berfungsi sebagai tempat persemadian baginda selepas kemangkatannya. Pembinaan piramid ini dikatakan sopistikated oleh masyarakat purba Mesir kerana idea reka bentuknya yang sungguh menarik. Piramid ini dikatakan mengambil masa yang lama untuk dibina iaitu selama 20 tahun.

Binaan piramid berbentuk segi tiga ini sangat mengagumkan. Apa yang menjadi persoalan dalam pembinaan piramid adalah bagaimana batu-batuan itu diletakkan di tempatnya. Pelbagai teori dikeluarkan oleh para ahli saintis yang mengkaji monumen. Teori pertama adalah rangkanya dibina dahulu dan kemudiannya ia disalut dengan campuran lumpur dan air supaya proses meletakkan batu-batuan akan menjadi lebih mudah. Teori kedua pula mengatakan batu-batuan tersebut diletakkan menggunakan alat pembinaan yang khas, yang dicipta khas untuk kegunaan pemasangan piramid. Sewaktu ia dibina ia beukuran 145.75 meter (481 kaki) tinggi. Setelah tahun demi tahun berlalu, piramid telah hilang 10 meter (30 kaki) ketinggiannya akibat hakisan. ia telah disenaraikan sebagai salah satu bangunan tertinggi di dunia selama 43 abad sehinggalah disedari berkurang pada kurun ke-19.

Di kawasan berhampiran piramid juga ditemui sebuah bot yang digunakan untuk membawa mayat raja-raja Khufu (1798). sebelum ia dibawa untuk disemadikan di dalam piramid, ia juga dikatakan sebagai kenderaan terakhir buat seorang raja buat selama-lamanya. Di dalam piramid itu terdapat beberapa koridor, galeri dan jalan tersembunyi yang banyak dan tidak diketahui fungsinya. Di hadapan pintu masuk monumen ini juga terdapat dua buah batu yang berbucu tajam, berukuran 3 meter (10 kaki) panjang, 2.4 meter (8 kaki) tinggi dan 1.3 meter (4 kaki) tebal.

Yang menarik mengenai piramid ini ialah blok batu-batuan ini disusun dengan begitu rapat hinggakan sekeping kad pun tidak dapat memasuki celahan pada batu.

 
 
walaupun kekaguman pembinaan piramid ini amat meninggi namun tidak setanding dengan kekaguman kita terhadap pembinaan Kaabah yang ternyata melahirkan satu perasaan yang  amat berbeza apabila melihatanya. 
dan hanya orang-orang yang terpilih dan dapat melihat kaabah dengan sendiri sahaja dapat mengahayati makna kekaguman itu..
sentiasa memohon kepada Allah semoga berpeluang pergi menunaikan Haji/Umrah di mekah dan terpilih untuk menjadai tetamunya pada suatu hari nanti..
 

amin... 
 
Sumber: Syed Mahadzir (2004), Pengetahuan Am, Selangor: Penerbitan Pct Sdb Bhd.

No comments: