“Ya Allah..
Aku mohon pemilihan-Mu menerusi pengetahuan-Mu
dan aku mohon kekuatan-Mu menerusi kudrat-Mu
serta aku minta pada-Mu sebahagian dari limpah kurnia-Mu yang sangat besar.
Sesungguhnya Engkau amat berkuasa sedangkan aku tidak berkuasa,
Engkau amat mengetahui sedangkan aku tidak mengetahui
dan sesungguhnya Engkau amat mengetahui segala yang ghaib.
Ya Allah..
kiranya Engkau mengetahui bahawa perkara ini adalah baik bagiku
dalam urusan agama ku juga
dalam urusan penghidupan ku serta natijah pada urusan ku,
kini dan akan datang,
maka tetapkan lah ia bagi ku dan permudahkanlah ia untukku,
serta berkatilah daku padanya.
Dan kiranya Engkau mengetahui bahawa perkara ini membawa kejahatan kepadaku
dalam urusan agamaku,
juga dalam urusan penghidupanku dan natijah urusanku,
kini dan akan datang,
maka elakkanlah ia dariku
dan tetapkanlah kebaikan untukku sebagaimana sepatutnya,
kemudian jadikanlah daku meredhainya"
"Ya Allah...
Jagalah hatiku,
Untuk selalu memberikan hatiku hanya pada-Mu,
Hingga Kau halalkan sebahagian hatiku untuk dirinya kerana diri-Mu..."
"Ya Allah, kalau ternyata aku bukan tulang rusuknya..
Jauhkan aku dengan hati-hati,
jarakkan aku tanpa merasa tersakiti,
pisahkan dan bantu aku menemukan pengganti."
Jauhkan aku dengan hati-hati,
jarakkan aku tanpa merasa tersakiti,
pisahkan dan bantu aku menemukan pengganti."

No comments:
Post a Comment