Wednesday, November 23, 2011

khasiat air kelapa..

  
Khasiat / kegunaan air kelapa muda dan tua adalah :
  • Air kelapa ternyata lebih bernutrisi seperti susu penuh (whole milk) kerana tidak mengandungi kolesterol dan rendah lemak.
  • Air kelapa dapat memperbaiki sirkulasi darah dan dikenal mampu membersihkan saluran pencernaan.
  • Air kelapa tidak hanya membuat sistem kekebalan tubuh anda lebih baik, tetapi juga membantu tubuh melawan beberapa jenis virus penyebab penyakit.
  • Jika anda mengidap penyakit batu ginjal (buah pinggang), biasakanlah meminum air kelapa secara rutin. Kebiasaan meminum air kelapa akan mambantu memecah batu ginjal dan memudahkan mereka keluar dari tubuh.
  • Air kelapa juga dikenali sejak dahulu dapat menyembuhkan gangguan saluran kencing. Segelas air kelapa akan meredakan rasa sakit akibat susah kencing.
  • Jika Anda masih merasa pusing atau pening karena mabuk, biasanya anda boleh mengatasinya dengan meminum air kepala.
  • Air kelapa yang rasanya lembut sangat kaya akan elektrolit dan potassium. Potassium dapat membantu tubuh mengatur tekanan darah dan fungsi organ jantung.
  • Air kelapa dapat mempercepat naiknya trombosite bagi penderita DBD dan menurunkan demam (trombosit turun karena dipakai untuk mencegah pendarahan, kerana demam yang kronik mengakibatkan kepekatan darah,dan 'pori' pembuluh darah membesar).
  • Selain diminum fresh, ia boleh dicampurkan herba tertentu (ini khas untuk pesakit ketagihan dadah, alcohol, rokok dsb), juga tanpa dibakar atau kelapa muda panggang (untuk kesegaran tubuh).


 

Manfaat lain air kelapa ialah :

a. Air kelapa berkhasiat sebagai diuretik, iaitu untuk memperlancar pengeluaran air kencing. Air kelapa muda dicampur dengan sedikit air perahan limau nipis bermanfaat untuk mengatasi dehidrasi (kehilangan air dari badan), juga untuk memerangi gangguan cacing dalam perut anak-anak kecil.

b. Air kelapa muda boleh dicampur dengan susu, juga dicampur ke dalam makanan tertentu untuk menjadikan makanan lebih anak. Campuran air kelapa muda tersebut mempunyai khasiat untuk mencegah penggumpalan susu dalam perut, muntah, sembelit, dan sakit pencernaan.

c. Air kelapa juga mempunyai bermacam-macam khasiat sebagai minuman kesihatan. Antaranya, minum air kelapa muda dapat membantu mengatasi pengaruh racun obat sulfa dan antibiotik lain, sehingga menjadikan ubat-ubat itu lebih cepat diserap ke dalam darah.

d. Mencuci muka dengan air kelapa secara istiqamah tiap hari dapat menyembuhkan atau melenyapkan jerawat, noda-noda hitam, kerutan pada wajah, kulit mengering, dan wajah menjadi berseri.

e. Campurlah air kelapa dengan sedikit madu. Ramuan ini merupakan tonik yang murah tetapi berkhasiat. Ramuan ini merangsang pusat-pusat seksual tubuh dan meniadakan akibat buruk gairah seksual berlebih.

g. Air kelapa juga berkhasiat sebagai ubat luka, telapak kaki pecah-pecah, dan eksim. Membuat ramuannya sangat mudah. Rendam segenggam beras dalam air kelapa muda bersama tempurungnya sampai beras terasa masam kerana diperam, kemudian beras digiling menjadi serbuk halus. Tepung beras tersebut digunakan dengan dilumur setiap hari selama 3-4 hari pada bagian tubuh yang sakit.

h. Jika air kelapa muda dicampur dengan sedikit serbuk kunyit dan air kapur sirih dalam ukuran sama dapat dijadikan ubat luka inflamasi dan menghilangkan rasa panas pada telapak kaki dan tangan.

i. Air kelapa muda boleh dicampur ke dalam bancuhan untuk buat lempeng dan cokodok atau sukun goreng, sangat enak.


 Nota: anda dinasihatkan tidak meminum air kelapa terlalu kerap sehingga melebihi 2-3 biji sehari kerana boleh memudaratkan sistem saraf anda.

No comments: