siapakah orang yang sibuk?
orang yang sibuk adalah orang yang tidak mengambil berat akan waktu solatnya seolah-olah ia mempunyai kerajaan seperti kerajaan Nabi Sulaiman a.s
siapakah orang yang manis senyumannya?
orang yang manis senyumannya adalah orang yang ditimpa musibah lalu dia kata "inna lillahi wainna ilaihi rajiun". lalu sambil berkata, "ya Rabbi.. aku reda dengan ketentuan-Mu ini'',
sambil mengukir senyuman.
siapakah orang yang kaya?
orang yang kaya adalah orang yang bersyukur dengan apa yang ada dan tidak lupa akan kenikmatan dunia yang sementara ini.
siapakah orang yang miskin?
orang yang miskin adalah orang tidak puas dengan nikmat yang ada dan sentiasa menumpuk-numpukkan harta.
siapakan orang yang rugi?
orang yang rugi adalah orang yang sudah sampai usia pertengahan tahun namun masih berat untuk melakukan ibadat dan amal-amal kebaikan.
siapakan orang yang paling cantik?
orang yang paling cantik adalah orang yang mempunyai akhlak yang baik.
siapakah orang yang mempunyai rumah yang paling luas?
orang yang mempunyai rumah yang paling luas adalah orang yang mati membawa amal-amal kebaikan yang mana kuburnya akan diperluaskan saujana mata memandang.
siapakah orang yang mempunyai rumah yang sempit lagi terhimpit?
orang yang mempunyai rumah yang sempit lagi terhimpit adalah orang yang mati tidak membawa amal-amal kebaikan lalu kuburnya menghimpitnya.
siapakah orang yang mempunyai akal?
orang yang mempunyai akal adalah orang-orang yang menghuni syurga kelak kerana telah menggunakan akal sewaktu di dunia untuk menghindari siksa neraka.
siapakah orang yang kedekut?
orang yang kedekut ialah orang yang membiarkan atau
membuang emel ini begitu sahaja malah tidak
menyampaikan pula kepada orang lain.
hehehee...
No comments:
Post a Comment