Solat Istikharah dilakukan bagi mengetahui penentuan tentang kebaikan dan pekerjaan yang akan oleh seseorang yang dia sendiri tidak dapat pastikan. Dengan solat ini, mudah-mudahan Allah SWT menunjukkan petandaNya, kalau baik natijahnya, diteruskan dan kalau tidak baik, tidak akan dilaksanakan.
أصَلِّي سُنَّةَ الإِسْتِخَارَةِ رَكَعَتَيْنِ لِلهِ تَعالىَ
Sahaja aku mengerjakan solat istikharah dua rakaat
kerana Allah Ta'ala
Setelah membaca al-Fatihah, bacalah Surah Al-Kafirun pada rakaat pertama, sementara pada rakaat kedua bacalah Surah al-Ikhlas.
Doa Solat Istikharah
اللَّهُمَّ إنِّي أَسْتَخِيرُكَ بِعِلْمِكَ ،وَأَسْتَقْدِرُكَ بِقُدْرَتِك، وَأَسْأَلُكَ مِنْ فَضْلِكَ الْعَظِيمِ فَإِنَّكَ تَقْدِرُ وَلا أَقْدِرُ، وَتَعْلَمُ وَلا أَعْلَمُ ، وَأَنْتَ عَلامُ الْغُيُوبِ، اللَّهُمَّ إنْ كُنْتَ تَعْلَمُ أَنَّ هَذَا الأَمْرَ ............ خَيْرٌ لِي فِي دِينِي وَمَعَاشِي وَعَاقِبَةِ أَمْرِي أَوْ قَال : عَاجِلِ أَمْرِي وَآجِلِهِ ، فَاقْدُرْهُ لِي وَيَسِّرْهُ لِي ثُمَّ بَارِكْ لِي فِيهِ ، اللَّهُمَّ وَإِنْ كُنْتَ تَعْلَمُ أَنَّ هَذَا الأَمْرَ ................... شَرٌّ لِي فِي دِينِي وَمَعَاشِي وَعَاقِبَةِ أَمْرِي أَوْ قَالَ : عَاجِلِ أَمْرِي وَآجِلِهِ ، فَاصْرِفْهُ عَنِّي وَاصْرِفْنِي عَنْهُ وَاقْدُرْلِي الْخَيْرَ حَيْثُ كَانَ ثُمَّ ارْضِنِي بِه ،
"Ya Allah,
aku memohonkan pilihan menurut pengetahuanMu
dan memohonkan penetapan dengan kesuasaanMu
juga ku memohonkan kurniaMu yang besar,
kerana sesungguhnya
Engkaulah yang Maha Mengetahui segala yang ghaib
dan aku tidak mengetahui apa-apa.
Ya Allah,
jikalau di dalam ilmuMu menyatakan
bahawa urusanku ini baik untukku dalam agamaku,
kehidupanku serta akibat urusanku,
maka takdirkanlah untukku
dan mudahkanlah
serta berikanlah berkah kepadaku di dalamnya.
Sebaliknya jikalau di dalam ilmumu menyatakan
bahawa urusan ini buruk untukku, dalam agamaku,
kehidupan serta akibat urusanku,
maka jauhkanlah hal itu daripadaku
dan jauhkanlah aku daripadanya
serta takdirkanlah untukku
yang baik-baik saja dimana saja adanya,
kemudian puaskanlah hatiku dengan takdirMu itu."
\
No comments:
Post a Comment